Nama : En Zaidi Bin Md Taib
Umur : 50 tahun
Taraf Pendidikan : Sekolah Menengah
En Zaidi merupakan anak jati Tebong dimana beliau merupakan seorang usahawan ternakan lembu dan kambing. Beliau sebelum ini merupakan pesara kerajaan dan telah memulakan pengusahaan ternakan lembu dan kambing selepas bersara bagi menambah pendapatan keluarga. Kini beliau mempunyai kira kira 32 ekor lembu dan 20 ekor kambing. Beliau berhasrat menambah jumlah lembu dan kambing bagi meluaskan perniagaan beliau. Dengan kewujudan Pusat Internet Kg.Kuala Sungga, beliau telah mengambil inisiatif dengan mempelajari cara menaip surat rasmi untuk tujuan permohonan kambing dan lembu dari Jabatan Veterinar.