Nama : Pn Nor Anisah Bt Sadar Mohamad
Umur : 32 tahun
Puan Nur Anisah binti Sadar merupakan anak kelahiran Kuala Sungga Tebong yang berasal daripada keluarga berniaga. Bapanya mempunyai syarikat kontraktor sendiri manakala ibunya yang merupakan bekas pekerja KEMAS ada menjual kain ela secara kecil-kecilan kepada penduduk sekitar Kuala Sungga Tebong Beliau yang berkahwin dengan Encik Roslan bin Jamil dan dikurniakan dua orang anak memulakan perniagaan menjual pelbagai roti dan donut semenjak awal bulan Mac 2016. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja di salah sebuah syarikat Swasta di Kuala Lumpur berdasarkan minat untuk mempunyai perniagaan sendiri dan kembali ke kampung halaman memandangkan kos sara hidup yang lebih terjamin di sini. Kelengkapan yang sedia ada kepunyaan kakak beliau dimana kakak beliau pernah mengusahakan roti buatan sendiri suatu ketika dahulu seperti oven, mesin pengadun dan peti sejuk memudahkan permulaan perniagaan beliau.
Memandangkan beliau merupakan seorang bekas kerani di salah sebuah syarikat swasta, pengalaman beliau dalam penggunaan komputer sedikit sebanyak memudahkan urusan pengendalian perniagaannya. Beliau memulakan perniagaan dengan membuka gerai kecil dihadapan premis pembuatan roti dan donut beliau.
Penggunaan ICT dalam urusan perniagaan beliau sedikit sebanyak membuka peluang kepada produk perniagaannya keluar daripada kawasan Kuala Sungga. Premis perniagaannya yang berdekatan dengan Pusat Internet Kg.Kuala Sungga memudahkan lagi urusan perniagaan dimana perkhidmatan-perkhidmatan seperti capaian Internet (WIFI), percetakan, fotokopi serta perkhidmatan peminjaman netbook boleh didapati untuk memenuhi keperluan-keperluan perniagaan beliau. Beliau tidak segan silu untuk bertanya sekiranya beliau menghadapi kemusykilan berkaitan dengan ICT. Dengan kewujudan modul MyShop di dalam aplikasi PI Dashboard, beliau menjadikan modul tersebut sebagai salah satu medium promosi jualan roti dan donut beliau. Penggunaan Internet juga banyak membantu beliau untuk mencari tempat-tempat yang boleh dijadikan platform jualan roti dan donut beliau.