Nama : Pusat Ekonomi Digital Kg Kuala Sungga
Fasa : CBL Enhancement (Fasa 5)
Pembinaan Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kuala Sungga bermula pada 22 April 2014. Kawasan bangunan sedia ada bersebelahan Balairaya Kg.Kuala Sungga menjadi lokasi pilihan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kuala Sungga dimana ia memerlukan major renovation seperti penukaran bumbung, bangunan separuh batu serta penambahan bangunan dan lain-lain lagi. Kawasan ini menjadi pilihan adalah disebabkan lokasinya yang berada di tengah pekan Kuala Sungga serta berada di tepi jalan besar. Bermula dengan aktiviti renovation pada bulan April 2014 ,urusan pembinaan serta kerja-kerja pemasangan segala fasiliti diteruskan sehingga bulan Julai 2014. Kemudiannya, UAT TM telah diadakan pada 15 Ogos 2014 diikuti UAT SKMM pada 8 September 2014. Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kuala Sungga telah memulakan operasi dengan rasminya pada 9 September 2014. Kini, setelah hampir 2 tahun penubuhan pusat internet ini telah banyak memberikan kemudahan serta ilmu ICT serta mewujudkan peluang keusahawanan khususnya kepada warga Kg.Kuala Sungga yang sebelum ini perlu pergi jauh ke bandar untuk mendapatkan kemudahan ICT.
