
PENCARIAN IKON USAHAWAN COHORT KE-2 KINI DIBUKA!
Kami dengan sukacitanya memperkenalkan NADI x Keusahawanan 2025, sebuah program keusahawanan berstruktur musim kedua yang dirancang untuk melahirkan usahawan berpotensi tinggi di seluruh negara!
Apa yang akan disertai oleh peserta?
𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 : Latihan Keusahawanan secara “Online Training”
𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 : Kem Keusahawanan Peringkat Negeri
𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑 : Projek Mercu Peringkat Nasional
𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟒 : Peringkat Akhir – Pemilihan 50 IKON Usahawan NADI terbaik yang akan diketengahkan dalam Persidangan NADI 2025!
Ini adalah peluang terbaik untuk anda:
Menimba ilmu dan pengalaman eksklusif.
Menonjolkan potensi sebagai usahawan yang berjaya.
Menjadi sebahagian daripada gelombang keusahawanan masa depan!
Siapa pula yang boleh menyertainya?
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18-60 tahun
• Mesti berdaftar sebagai ahli NADI
• Individu yang sedang menjalankan perniagaan – Produk atau perkhidmatan
• Syarikat yang berdaftar atau belum berdaftar boleh turut serta (1 peserta 1 penyertaan)
• Komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat
• Kesediaan untuk menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun seperti Video Pra Latihan, Podcast, Webinar
dan Bootcamp.
Program akan bermula pada 5 MAC 2025 (RABU)
Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami sekarang dan jadilah sebahagian daripada NADI x Keusahawanan 2025.