mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI : WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA

Tajuk :WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA
Tarikh :18 April 2025
Masa :3.30PM – 5.00PM
Tempat :NADI KG KUALA SUNGGA

Tujuan Program:

Webinar ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang keselamatan siber dengan memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang, dan strategi yang boleh membantu mereka membina kerjaya yang berjaya dalam industri ini.

Aktiviti Program:

Ceramah dan Taklimat:

  • Pengenalan kepada ancaman siber seperti phishing, scam, malware.
  • Langkah-langkah asas perlindungan data peribadi.

Perkongsian Pengalaman:

  • Sesi bersama wanita profesional dalam bidang keselamatan siber.
  • Kisah mangsa jenayah siber dan cara mengatasinya.

Sesi Interaktif / Q&A:

• Menjawab persoalan peserta tentang keselamatan siber.

Manfaat Program:

Meningkatkan pengetahuan tentang risiko dan langkah keselamatan di alam siber.

Membentuk wanita celik digital dan lebih yakin dalam penggunaan teknologi.

✅ Membuka peluang kerjaya dalam bidang keselamatan siber untuk wanita.