| Tajuk : | Program Khas Hari Merdeka & Hari Malaysia Di NADI Kampung Kuala Sungga |
| Tarikh : | 7 September 2025 |
| Masa : | 10.00 pagi – 4.00 petang |
| Tempat : | NADI KG KUALA SUNGGA |
Tujuan Program
Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim melalui pengisian aktiviti yang sihat, kreatif dan bermanfaat.
Objektif Program
- Memupuk semangat cintakan negara.
- Memberi peluang komuniti menonjolkan bakat dan kreativiti.
- Menyediakan aktiviti santai dan sihat untuk semua peringkat umur.
- Mengeratkan hubungan antara ahli komuniti dengan NADI Kampung Kuala Sungga.
Aktiviti Program
- Pendaftaran Ahli (Percuma)
- Pertandingan Mewarna Merdeka
- Pertandingan Gubahan Agar-Agar MalaysiaKu
- Pertandingan Esport
- Saringan Kesihatan Percuma
Program ini berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat. Semua aktiviti berjalan lancar dan berjaya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir












