| Tajuk : | PENGLIBATAN NADI DI PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 |
| Tarikh : | 17 – 19 Oktober 2025 |
| Masa : | 9.00 pagi – 11.00 malam |
| Tempat : | Politeknik Merlimau |
Tujuan Program
Penyertaan NADI dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Melaka bertujuan memperkenalkan peranan NADI sebagai pusat digital komuniti. Melalui pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, e-sukan (Mobile Legends dan EFootball Mobile), demo usahawan mahir dan DILEA, NADI berusaha mendekatkan masyarakat dengan teknologi dan pembelajaran digital. Penyertaan ini memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan kesedaran kesihatan, menggalakkan gaya hidup sihat, serta menyemai minat terhadap kemahiran digital selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Aktiviti Program
- Pemeriksaan Kesihatan: merangkumi pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dalam darah, kolestrol dan pemeriksaan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)
- Kempen “Internet Selamat” (KIS): Fokus kepada keselamatan siber terutama bagi belia, dengan aktiviti serta advokasi bagaimana menggunakan internet dengan selamat.
- Pertandingan e-Sukan seperti Mobile Legends & e-Football: Aktiviti ini dijalankan oleh NADI sebagai sebahagian daripada pendekatan menarik minat golongan belia.
- Pendaftaran keahlian NADI & penyertaan komuniti: Komuniti boleh terus berhubung dengan NADI, meneruskan pembelajaran atau menyertai aktiviti-lanjutan di NADI.





