Tarikh : 8 Februari 2021 Masa : 3.00pm – 5.00pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kg. Kuala Sungga Peserta : 1 orang |
Tujuan
Memberi latihan asas penghasilan surat perjanjian
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
- 1. Peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word
- 2. Peserta diminta untuk membuka aplikasi Microsoft Word dengan menekan butang start dan pilih program Microsoft Word daripada senarai ‘All program’
- 3. Pengajar terlebih dahulu menunjukkan dan menerangkan aspek – aspek terpenting yang perlu ada dalam sesebuah surat perjanjian
- 4. Pengajar juga menunjukkan pelbagai jenis contoh surat perjanjian melalui carian di laman-laman web
- 5. Kemudiannya, peserta diminta untuk mencari satu contoh surat perjanjian berdasarkan jenis surat perjanjian yang dikehendaki iaitu surat perjanjian penjualan kenderaan sebagai rujukan dalam menghasilkan surat perjanjian yang baru
- 6. Peserta dibimbing ketika menghasilkan surat perjanjian agar surat perjanjian yang dihasilkan memenuhi kriteria iaitu :
– mempunyai maklumat penjual dan pembeli
– tarikh perjanjian
– maklumat kenderaan yang diurusniaga
– maklumat saksi
– syarat hak pemilikan
7. Surat perjanjian yang telah siap disimpan dan dicetak untuk urusan jual beli kenderaan pelajar.