mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI: KELAS PISTACHIO KUNAFA BROWNIES VIRAL

Tajuk :Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral
Tarikh :25 Mei 2025
Masa :9.30PM – 11.30PM
Tempat :NADI KG KUALA SUNGGA

Tujuan Program:
Program Mahir Masak ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran memasak komuniti setempat dengan memperkenalkan resepi-resepi moden dan viral yang boleh menjana pendapatan sampingan. Untuk sesi kali ini, peserta didedahkan kepada penyediaan menu pencuci mulut yang kini tular di media sosial iaitu Pistachio Kunafa Brownies.

Objektif Program:

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai resipi trending dan bernilai komersial.
  2. Meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan komuniti.
  3. Mendorong masyarakat menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan.

Aktiviti Program:

• Program bermula tepat jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat ringkas oleh penganjur. • Demonstrasi penyediaan Pistachio Kunafa Brownies dikendalikan oleh tenaga pengajar • Peserta turut mencuba sendiri langkah-langkah penyediaan resipi tersebut

Resipi ini menggabungkan elemen tradisional Timur Tengah iaitu kunafa (pastri halus) dengan elemen moden brownies coklat, ditambah dengan taburan pistachio yang memberikan rasa mewah dan tekstur rangup.