Tarikh : 2 Januari 2018 Masa : 3.00 pm – 5.00 pm Tempat : PI Kg.Kuala Sungga |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah seramai 5 orang dengan tujuan menambahkan pengetahuan peserta dalam penggunaan aplikasi komputer serta meningkatkan daya kreativiti peserta.
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Kelas suntingan gambar ini menggunakan aplikasi adobe photoshop
2. Pengajar memberi penerangan awal akan pembelajaran yang akan dipelajari iaitu melakukan suntingan gambar kepala dan mencantumkannya ke gambar yang lain.
3. Peserta diminta untuk mencari dua gambar orang yang berlainan daripada enjin carian
4. Pengajar menunjukkan cara memasukkan gambar yang perolehi dari enjin carian ke dalam aplikasi adobe photoshop
5. Seterusnya,pengajar menunjukkan peserta cara memilih keseluruhan gambar kepala gambar 1 dengan menggunakan “Quick Selection Tools” dan peserta mengikuti langkah yang diajari pengajar
6. Kemudian, pengajar meminta peserta memindahkan gambar kepala yang telah dipilih ke gambar 2 dengan menggunakan “move tools”
7. Gambar kepala yang dipindahkan kemudiannya di sunting untuk tampak sesuai dengan gambar ke 2 menggunakan “free transform”.
8. Gambar yang telah siap disunting kemudiannya disimpan dengan memilih butang save dan menukar format ke JPEG.
9. Peserta diberi latihan untuk mengetahui tahap penguasaan mereka.
10. Pengajar juga menggalakan peserta untuk mencuba langkah-langkah yang telah diajar mengikut kreativiti sendiri
11. Peserta diminta untuk menyimpan hasil kerja yang dibuat dengan menekan butang ‘Save’