Tarikh : 14 November 2017 Masa : 09.00 am – 12.00 pm Tempat : PI1M Kg.Kuala Sungga |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah serta golongan dewasa dari komuniti Kg.Kuala Sungga seramai 43 orang dengan tujuan untuk menyampaikan serta memberi pemahaman akan asas pertolongan cemas disamping mempromosikan Dashboard Komuniti serta memperkenalkan aplikasi MyHealth dimana kini komuniti boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Kuala Sungga.
Kaedah Pelaksanaan Aktiviti
1. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran pengunjung.
2. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kospen Kuala Sungga.
3. Program diteruskan dengan Taklimat Asas Pertolongan Cemas oleh wakil Klinik Kesihatan Tebong
4. Bagi memberikan kefaham lebih, wakil Klinik Kesihatan Tebong menunjukkan demo asas pertolongan cemas.
5. Sesudah itu, Pengurus PI1M Kuala Sungga menruskan program dengan memberikan taklimat Dashboard Komuniti
6. Program diakhiri dengan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah,gula dalam darah, tinggi, berat serta bmi.