Nama : Siti Nur Adilah Binti Ahmad Umur : 24 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Cik Siti Nur Adilah merupakan graduan diploma dalam bidang perubatan daripada Pusrawi International College Of Medical Science (PICOMS). Walaupun berada dalam bidang yang terjamin pekerjaan, ianya tidak menghalang minat beliau dalam bidang perniagaan. Lahir dalam keluarga yang menjalankan perniagaan sebagai pendapatan utama dimana ayah dan ibu beliau menjalankan perniagaan kedai makan telah mendorong Cik Siti Nur Adilah menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai dropship handsock. Bermula pada tahun 2020 dimana ketika negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID 19, Cik Siti Nur Adilah mengambil inisiatif memulakan perniagaan dropship sementara menunggu penempatan tempat praktikal. Sambutan yang mengalakkan sedikit sebanyak memberi pendapatan sampingan kepada beliau.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Siti Nur Adilah sudah mempunyai asas pengetahuan ICT memandangkan beliau banyak menggunakan komputer ketika belajar.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan berbekalkan asas pengetahuan ICT, beliau menggunakan pengetahuan yang sedia ada memperkembangkan lagi pengetahuan ke bahagian pemasaran dalam talian melalui Pusat Internet dimana beliau banyak menggunakan kemudahan di Pusat Internet serta mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet.