mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn Zalina Mahat

Nama : Zalina Binti Mahat

Umur : 49 tahun

Ahli : 2016


Latar Belakang

Puan Zalina Binti Mahat merupakan seorang pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Tebong. Beliau turut mengambil tempahan makanan untuk majlis-majlis keraian kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Zalina Mahat bergantung kepada jualan di kantin sekolah sebagai salah satu promosi tempahan makanan beliau dimana kantin sekolah pembelinya adalah majoriti pelajar sekolah dan beberapa pembantu kantin yang terdiri daripada penduduk kampung sebagai medium promosi beliau.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya PI Kg.Kuala Sungga, Puan Zalina Mahat diperkenalkan dengan kemudahan media sosial yang mampu mempromosikan usaha beliau. Beliau mampu memuatnaik gambar-gambar hasil masakan beliau dan servis beliau dikenali bukan sahaja di dalam kampung malah di luar kawasan kampung.