mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Kegiatan Ekonomi di Kampung Kuala Sungga lebih tertumpu dalam bidang pertanian. Ini kerana kedudukan Kuala Sungga adalah terhad dalam aspek pembangunan berikutan kedudukan geografinya di kawasan tadahan air.

Namun begitu, terdapat juga beberapa penduduk yang mengusahakan perniagaan kedai makanan dan kedai runcit serta mengusahakan bengkel membaiki kereta dan mencuci kereta.

BIL   PERKARA   BIL.UNIT 
1 Kilang
2 Gerai 7
3 Kedai 15
4 Bengkel 3

 

Terdapat juga penduduk yang menubuhkan Persatuan Dondang Sayang Sinar Harapan Tebong Melaka. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dan dianggotai seramai 10 pemuzik ini telah banyak menerima tempahan dan undangan dari pelbagai pihak bukan sahaja di peringkat kampung, malah di bandar dan luar Negeri Melaka. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Persatuan Dondang Sayang Sinar Harapan Tebong Melaka:-

Alamat : Batu 23 1/2 Jalan Sek.Keb Tebong, 76460 Alor Gajah Melaka

No Telefon : 012-6219385 (Tuan Hj Makran B Itam)

 

Persatuan Dondang Sayang Sinar Harapan Tebong Melaka