mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Humaira Maisarah Mahizan

Nama : Humaira Maisarah Mahizan

Umur : 20 tahun

Ahli : 2014


Latar Belakang

Humaira Maisarah Mahizan merupakan anak muda tempatan kelahiran Negeri Pahang yang berhijrah bersama keluarganya ke Kg.Kuala Sungga sejak kecil lagi. Humaira merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik serta merupakan lepasan Kolej Vokasional dan kini sedang menjalani latihan praktikal. Beliau seorang yang rajin dan berdedikasi bagi meningkatkan prestasi diri.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Humaira merupakan ahli berdaftar Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga dan beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet. Kebiasaan beliau menggunakan kemudahan internet untuk urusan peribadi seperti menggunakan laman sosial serta pencarian maklumat kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kewujudan Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga menarik minat anak muda ini meneroka bidang multimedia khususnya. Tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet telah membantu Humaira menghasilkan video pendek dengan sendirinya. Berbekalkan ilmu yang diperolehi dari pembelajaran di Pusat Internet Komuniti Kg.Kuala Sungga, Humaira serta rakan-rakannya telah mencipta video bertajuk “Kenali Internet” dan hasilnya berjaya memenangi hadiah pilihan juri bersempena KL Converge 2015 yang dianjurkan oleh pihak SKMM.