Tajuk : | Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral |
Tarikh : | 25 Mei 2025 |
Masa : | 9.30PM – 11.30PM |
Tempat : | NADI KG KUALA SUNGGA |
Tujuan Program:
Program Mahir Masak ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran memasak komuniti setempat dengan memperkenalkan resepi-resepi moden dan viral yang boleh menjana pendapatan sampingan. Untuk sesi kali ini, peserta didedahkan kepada penyediaan menu pencuci mulut yang kini tular di media sosial iaitu Pistachio Kunafa Brownies.
Objektif Program:
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai resipi trending dan bernilai komersial.
- Meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan komuniti.
- Mendorong masyarakat menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan.
Aktiviti Program:
• Program bermula tepat jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat ringkas oleh penganjur. • Demonstrasi penyediaan Pistachio Kunafa Brownies dikendalikan oleh tenaga pengajar • Peserta turut mencuba sendiri langkah-langkah penyediaan resipi tersebut
Resipi ini menggabungkan elemen tradisional Timur Tengah iaitu kunafa (pastri halus) dengan elemen moden brownies coklat, ditambah dengan taburan pistachio yang memberikan rasa mewah dan tekstur rangup.