Nama : Nur Amalina Binti Mat Umur : 26 tahun Ahli : 2021 |
Latar Belakang
Cik Amalina Binti Mat merupakan seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya juga merupakan ibu tunggal. Cik Amalina merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dan masih dalam proses mencari pekerjaan tetap. Ibu Cik Amalina menjalankan perniagaan Tauhu Bergedil secara kecil-kecilan dan ini mendorong Cik Amalina untuk turut serta menjalankan bisnes jualan coklat dan biskut.Cik Amalina Binti Mat merupakan seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya juga merupakan ibu tunggal. Cik Amalina merupakan graduan Universiti Utara Malaysia dan masih dalam proses mencari pekerjaan tetap. Ibu Cik Amalina menjalankan perniagaan Tauhu Bergedil secara kecil-kecilan dan ini mendorong Cik Amalina untuk turut serta menjalankan bisnes jualan coklat dan biskut.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Amalina yang sudah mempunyai asas komputer menggunakan kemudahan media sosial sebaiknya untuk mempromosikan produk coklat dan biskut.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kemudahan capaian internet serta latihan keusahawanan di pusat internet telah membantu memperluaskan lagi medium penjualan produk beliau di atas talian iaitu melalui Aplikasi Shopee.