mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Siti Zubaidah Binti Mahad

Nama : Siti Zubaidah Binti Mahad

Umur : 35 tahun

Ahli : 2018


Latar Belakang

Puan Siti Zubaidah merupakan seorang kerani di sebuah kilang batu-bata yang terletak di Pekan Tebong. Walaupun bekerja, ini tidak menghalang beliau untuk berniaga secara kecil-kecilan daripada rumah. Kemahiran membuat donut yang sedia ada telah mendorong beliau menjual donut atau lebih dikenali sebagai donut bomboloni dengan pelbagai pilihan inti. Antara pilihan donut bombolini yang sering menjadi pilihan pelanggan beliau adalah donut bomboloni coklat dan donut bomboloni keju.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum memulakan perniagaan, beliau hanya menggunakan medium media sosial untuk kegunaan peribadi sahaja.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan kewujudan Pusat Internet, beliau menggunakan sebaik-baiknya medium pemasaran atas talian seperti Facebook untuk mempromosikan produk beliau setelah mengikuti kelas-kelas anjuran Pusat Internet.