mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Kempen Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar SMK Munshi Abdullah (Sesi 1-8)

 Tarikh : 11 Mei 2017 (Sesi 1 dan 2), 16 Jun 2017 (Sesi 3 dan 4),

               5 Julai 2017 (Sesi 5), 28 September 2017 (Sesi 6),

              11 Oktober 2017 (Sesi 7), 8 November 2017 (Sesi 8)

Masa : 12.00 pm – 5.00 pm

Tempat : Dewan SMK Munshi Abdullah

 

Tujuan

Kempen ini dihadiri oleh 334 pelajar (sesi 1-8) SMK Munshi Abdullah dengan tujuan untuk menyampaikan serta memberi  pemahaman akan keselamatan internet dan diharapkan dapat mengurangkan risiko remaja terjebak dengan orang yang tidak dikenali di internet.

Kaedah Pembelajaran

1. Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Klik Dengan Bijak oleh Pengurus PI1M Taman Murai Jaya, Puan Faezah Noor Misnon

2. Seterusnya, sesi kelas diteruskan dengan perbincangan topik-topik keselamatan internet iaitu Hak dan Tanggungjawab Warga Digital Masa Hadapan, Maklumat Palsu dan Online Grooming 

3. Peserta diberi peluang untuk bertanya soalan untuk merungkai kemusykilan mereka..

4. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya

5. Aktiviti kelas diteruskan dengan aktiviti permainan yang diberi nama Chiretera Kita. Peserta diberi satu ayat yang tergantung dan para peserta dikehendaki menyambung ayat tersebut sehingga menjadi sebuah cerita. Permainan ini dapat menguji tahap pemahaman para peserta akan isi kandungan perbincangan kelas yang telah disampaikan.

6. Untuk menguji kefahaman para peserta lagi, soalan kuiz diajukan kepada mereka

Gambar