
Internet memang sumber yang sangat berguna, tetapi jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh membawa risiko. Jangan risau, kami ada 4 Tips S.A.F.E Internet untuk membantu anda menjadi pengguna internet yang selamat dan bijak. Jom lihat bersama! π
β¨ S – Smart (Bijak):
π Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan.
β οΈ Sentiasa berhati-hati dengan ancaman seperti buli siber dan aktiviti grooming.
π‘ Orang yang bijak akan sentiasa mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.
β¨ A – Aware (Peka):
π Selidik dan kenalpasti maklumat terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
π¨ Sentiasa #AwasAlways dengan penipuan yang sering digunakan oleh penipu.
π‘ Sentiasa peka dan berhati-hati, elakkan daripada terjebak dalam situasi yang meragukan.
β¨ F – Fortify (Perkukuh):
π Gunakan kata laluan yang kuat, seperti βpagar besiβ, untuk melindungi akaun anda.
π‘οΈ Amalkan langkah-langkah keselamatan siber yang efektif untuk melindungi maklumat peribadi.
π‘ Privasi yang kukuh akan memberikan anda ketenangan fikiran.
β¨ E – Empathy (Empati):
π€ Berkongsi ruang digital dengan penuh positif β elakkan daripada mencemuh orang.
π Sebarkan vibes yang baik dan jadilah contoh yang baik kepada pengguna lain.
π‘ Sikap empati kecil boleh memberikan impak yang besar kepada komuniti digital.
π’ Jadi, tunggu apa lagi?
Kongsikan tips ini dengan rakan-rakan anda kerana keselamatan digital bermula dengan kesedaran dan tindakan yang bijak. Jom menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan lebih hebat! π